Pengenalan
Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan semakin
berkembang, terdapat berbagai cara telah digunakan untuk menyediakan ruang
penyampaian maklumat kepada pelajar. Kebolehan tenaga pendidik dalam
mempergunakan teknologi dalam pendidikan amat mengkagumkan. Ini menunjukan
tenaga pendidik juga seiring dengan perkembangan teknologi dibidang pendidikan.
Penyediaan bahan pembelajaran bermutu adalah sangat penting supaya pelajar
mendapat maklumat yang betul dan tepat (Shyu, 2000 ) . Di samping itu
dengan penghasilan bahan pembelajaran bermutu akan menjadikan tenaga pendidik
lebih berwibawa.
Proses pembelajaran kendiri dapat dirancang oleh pelajar
dengan bantuan teknologi pada masa kini. Pelajar dapat mencari dan mendapat
maklumat dengan lebih cepat dan mudah. Ini terjadi dengan penghasilan blog
pembelajaran dan video pembelajaran (Bell, 2010) . Pengguaan blog
iaitu satu journal atas talian yang pada asalanya terhasil daripada penggunaan
laman sesawang yang membolehkan seseorang memuatnaik perkataan, gambar dan
video. (Farmer, Yue, & Brook, 2007)
Kajian terdahulu banyak dilakukan terhadap kaedah
pembelajaran berkesan, pelajar akan mudah memahami sesuatu mengikut pengalaman
dan maklumat yang sedia ada. Oleh yang demikian pendidik perlu mengetahui
kekuatan dan kelemahan pelajar mereka bagi memudahkan proses pembelajaran (Kearney & Treagust, 2001) .
Salah satu bahan pembelajaran yang boleh dihasilkan ialah
pembelajaran menggunakan blog. Pelajar dapat melakukan carian maklumat pada
bila-bila masa mengikut keperluan masing-masing. Ini akan menjadikan
pembelajaran lebih efektif dan berlaku secara tidak formal serta menyeronokan
pelajar (Farmer, Yue, & Brook, 2007) . Penggunaan blog
sebagai satu medium pengajaran perlu bermula dari pendidik oleh yang demikian
setiap pendidik perlu memiliki kemahiran menyediakan blog pembelajaran. Apabila
seorang pendidik dapat menghasilkan blog dengan maklumat yang betul serta bermaklumat
pasti ia dapat digunakan oleh setiap pelajar yang membacanya. Penggunaan BPK
dapat menjadi medium perkongsian maklumat mengikut kaedah pedagogi yang
berbagai bagi setiap pendidik (Zhang, 2009) .