Impak
Penghasilan Blog Pembelajaran Kendiri (BPK) telah berjaya di
siapkan dan dapat di gunakan secara atas talian tanpa masalah. Blog tersebut
boleh di capai di pautan https://kelasfizikkita.blogspot.com/.
Pensyarah yang terlibat dapat menghasilkan BPK dan mengandungi bahan berkaitan
topik yang diperlukan bagi pelajar DP024.
Penggunaan BPK telah memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan bahan pembelajaran secara terus tanpa bergantung kepada pensyarah. Secara
tidak langsung BPK juga memudahkan pelajar untuk belajar sendiri dan
mendapatkan soalan tambahan selaian daripada soalan tutorial yang dibekalkan.
Pada masa yang sama proses penilaian pelajar dapat dilakukan dengan mudah dan
cepat dengan bantuan kuiz diatas talian. Pelajar dapat menjawab kuiz mengikut
masa lapang mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Penggunaan teknologi
menjadikan sumber pembelajaran lebih fleksibel dan pelajar dapat belajar pada
bila-bila masa mengikut kesesuaian mereka.