Objektif
Menghasilkan satu blog pembelajaran kendiri (BPK) bagi
membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat tambahan, mendapatkan latihan
tambahan dan menjawab kuiz di atas talian bagi topik fizik PDT II DF024.
Membina kemahiran pensyarah yang terlibat untuk menghasilkan
blog pembelajaran kendiri (BPK) dan menyusun maklumat yang diperlukan untuk isi
kandungan blog.
Menggunakan sumber percuma untuk membangunkan blog iaitu
“bloger.com” dan menghasilkan bahan kandungan blog.
Kumpulan sasar
kumpulan sasar bagi permulaan penghasilan blog adalah kepada
pensyarah yang terlibat dengan pembangunan blog pembelajaran kendiri (BPK). Ini
bertujuan memberi kemahiran kepada pensyarah terlibat meningkatkan kemahiran
pengurusan blog.
Di samping itu pengumpulan bahan yang berkaitan kandungan
dilakukan supaya bahan tersebut dapat disimpan secara maya di dalam talian.
Perbincangan dengan pensyarah terlibat dilakukan bagai mengagihkan tugas
mengumpul bahan kandungan dan pembinaan blog.