Pelaksanaan
Proses menghasilkan blog pembelajaran kendiri (BPK) terdiri
daripada beberapa peringkat iaitu mengumpulkan bahan sebagai kandungan blog
seperti nota, soalan tambahan dan soalan kuiz. Bahan rujukan juga perlu
dipertimbangkan sebagai bantuan tambahan kepada pelajar.
Setelah semua bahan diperoleh susun atur di dalam blog
dilakukan dengan membuat halaman yang diperlukan seperti halaman nota, halaman
soalan tambahan, halaman rujukan dan halaman kuiz.
Bahan yang disediakan disimpan di dalam “google drive” dan
disambung ke halaman blog pembelajaran kendiri (BPK). Aliran kerja seperti
rajah 1.
Rajah 1: Aliran
proses menghasilkan blog pembelajaran kendiri (BPK)
Penyediaan bahan
Muat naik ke Google Drive
Penyediaan blog
Penyediaan bahan
Proses memghasilkan BPK bermula dengan pengumpulan
bahan-bahan yang ingin di letakkan di laman blog tersebut. Terdapat tiga bahan
utama akan di letakkan iaitu nota, soalan tambahan dan soalan kuiz di atas
talian.
Nota terdiri dariapada slaid-slaid power point yang telah
diubah suai mengikut keperluan silibus DP024. Soalan tambahan terdiri daripada
lima hingga 10 soalan bagi setiap bab. Setiap soalan mengikut silibus yang
telah dibekalkan dan banyak menyentuh konsep asas.
Manakala bagi soalan kuiz terdiri daripada lima soalan
objektif yang telah di sediakan menggunakan google form. Pelajar akan menjawab
soalan berkaitan dengan bab yang telah mereka selesaikan. Pautan bagi soalan
kuiz hanya akan diberikan setelah setiap bab selesai dibincangkan di tutorial.
Setiap bahan yang telah disediakan disimpan menggunakan
format .pdf. ini bagi memudahkan pelajar untuk memuat turun setiap bahan yang
diperlukan. Setelah selesai semua bahan di simpan di google drive. Rajah 2
menunjukkan nota dan soalan yang telah di tukar dari format power point dan
words ke dalam bentuk pdf.
Rajah 2: a) Nota yang
telah ditukar dari format power point ke format pdf, b) soalan yang telah
ditukar dari format words ke format pdf.
Muat naik ke Google Drive
Proses seterusnya ialah memuat naik semua bahan yang telah
siap ke google drive. Ini dilakukan supaya bahan sentiasa berada di atas talian
dan mudah untuk di capai. Supaya lebih tersusun setiap bahan disediakan folder
masing-masing seperti rajah 3.
Rajah 3: Folder yang
disediakan di dalam google drive
Penyediaan blog
Blog dibanggunkan menggunakan bloger.com yang diberikan
secara percuma. Blog dihasilkan dengan empat bahagian iaitu halaman utama,
nota, latihan dan kuiz. Rajah 4 menunjukan halaman utama blog yang telah
dibangunkan. Manakala rajah 5 menunjukan halaman nota, latihan dan kuiz.
Rajah 4: Halaman
utama blog pembelajaran kendiri (BPK)
Rajah 5: Halaman nota, latihan dan kuiz blog
pembelajaran kendiri (BPK)
Apabila pelajar membuka salah satu halaman, sebagai contoh
halaman nota, paparan seperti rajah 6 akan muncul. Pelajar dapat memilih nota
yang ingin dibaca dengan menekan pada tajuk yang disediakan. Paparan nota akan
dibuka dan pelajar dapat membaca atau memuat turun nota tersebut. Nota yang
terpapar adalah dalam format pdf yang boleh dibaca menggunakan alat yang mempunyai
perisian pdf.
Rajah 5: Halaman
nota blog pembelajaran kendiri (BPK)
Halaman latihan disediakan supaya pelajar mendapatkan soalan
latihan tambahan dan dapat dibincangkan bersama rakan-rakan. Selaian daripada
itu terdapat satu halaman kuiz bagai melakukan penilaian terhadap topik yang
berkaitan. Halaman ini akan dibuka setelah setiap topik selesai diajar kepada
pelajar. Pelajar hanya dapat melakuakan ujian mengikut topik yang telah
dipelajari. Setelah semua proses selesai halaman blog BPK telah sedia
untuk digunakan dipautan https://kelasfizikkita.blogspot.com/.