Tuesday, January 15, 2019


Ahli Kumpulan:

Nik Syaharudin Bin Nik Daud











Nurehan Binti Shahri







Kategori: Amalan PdP Berbantukan ICT


Pembangunan Blog Pembelajaran Kendiri (BPK) bagi Persediaan Proses Pembelajaran Kendiri di Kalangan Pelajar.


Nik Syaharudin Bin Nik Daud dan Nurehan Binti Shahri


Perkembangan teknologi maklumat telah memberikan satu kesan besar dalam bidang pendidikan kebangsaan. Mengikut arus perkembangan terkini, bidang pendidikan juga telah bergerak ke arah penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kaedah pembelajaran sepanjang masa sangat sesuai di aplikasi dengan bantuan teknologi dan capaian internet. Ini membuktikan bahawa proses pembelajaran bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Pembangunan blog pembelajaran kendiri (BPK) merupakan langkah persediaan bagi menghasilkan platform pembelajaran tanpa had masa dan tempat selagi ada capaian internet. BPK akan menggunakan platform Blogspot yang boleh diperoleh secara percuma dan mudah untuk dikendalikan. Kandungan BPK perlulah menepati objektif pembelajaran yang hendak dicapai dalam silibus. Ini memerlukan pensyarah yang mahir dalam bidang mata pelajaran dan mengetahui cara penggunaan teknologi. Projek rintis ini juga dapat membantu pensyarah untuk meningkatkan kemahiran dalam mengoperasi teknologi maklumat.